Wednesday, July 29, 2015

Stress!!!


Lately ni perasaan tu asyik lah nak stress...kalau dulu gelak gelak je nanti stress hilang...sekarang kau gelak macam mana pun stress tak hilang...orang tengok kau macam orang gila dah...cakap sikit gelak...tengok phone gelak...hahaha stress kene tuduh orang gila...mungkin aku suka fikir melampau walaupun benda tu remeh...

Hari tu saja gatal tangan bukak web AirAsia pastu tengok tiket murah lah jugak...tak lah murah sangat tapi dalam kategori mampu beli time tu jugak...hahaha...pastu tetiba terfikir...eh nak ajak siapa ni...macam nak pergi sorang tapi nanti kawan kecil hati tak ajak...macam nak ajak kawan A tapi nanti kawan B kecil hati...macam nak ajak A,B dan C tapi A dan C macam tak serasi...lepas tu aku stress sebab benda tu je...nampak tak macam sengal stress sebab fikir perasaan orang lain tapi orang lain tak fikir perasaan kau...last last dah masuk seminggu bertenggek dekat web Pak Tony tu tak beli beli...asyik tengok tengok je...pyscho habis...

Takpe lah tunggu sale je nanti...kalaulah ada sale...hahaha...btw sila follow ig aku...nanti aku follow balik...hahaha...

Till then...buhbye...

Thursday, July 23, 2015

Vape on???


Dulu : Lighter ada bro???
Sekarang : Flavour apa bro???

Ps : Tau tak ade pertandingan vape??? Siap dapat piala ye...

Monday, July 20, 2015

Sebutir air mata.

PK : Selamat datang ke Hotel Seribu Kenangan, boleh saya bantu encik?
EA : Ada booking thru Agoda yer, dua bilik. *hulur sekeping kertas dan kad pengenalan.
PK : Sebentar saya check ye encik.
EA : Awak ni dah kahwin ke belum? Tak cuti raya ke? Tak balik kampung?
IEA: Eh awak ni apa tanya soalan macam tu kat budak tu, kalau dia cuti siapa nak check in kan awak? Awak pun balik kampung sehari je lepas tu panas lah rimas lah.
PK : Bagi peluang kat staff yang dah kahwin balik kampung encik. Saya bujang, so senang. Lagipun kat kampung dah takde orang dah. *tunduk dan sebutir air mata gugur.
IEA : Awak tengok, kan budak tu dah terasa. Kesian dia kerja waktu raya, awak pulak tanya soalan sensitif macam orang lain takde perasaan. *cubit pinggang EA.
PK : Takpe puan, saya dah biasa. Ok ini kunci bilik encik. Bilik tingkat 6 nombor 6022 dan 6024. Dan ini kupon breakfast ye.
EA : Terima kasih. Ni ikhlas ye duit raya *salam penjaga kaunter dan selitkan sekeping sampul duit raya di tangan PK bagi menghilangkan rasa bersalahnya.
PK : Eh terima kasih encik. Terima kasih banyak banyak. Selamat hari raya.
EA : Selamat hari raya. *berjalan ke ruang lift bersama isteri dan anak anaknya.


PK memasukkan sampul tersebut di dalam poket baju melayunya dan tersenyum sinis. Sudah 8 keping sampul dia dapat hari ini. Semuanya atas simpati tetamu. Yang pasti kebolehan menggugurkan sebutir air mata akan digunakan sepenuhnya sehingga musim raya habis.

PK = Penjaga Kaunter
EA = Encik Agoda
IEA = Isteri Encik Agoda

Friday, July 17, 2015

Salam Aidilfitri...


Dengan rasa rendah diri...jauh dari lubuk hati yang lemah...ingin saya memohon ampun dan maaf...sebab lama tak update blog...dan juga tak pos kad raya...dah beli tapi lupa tulis and pos so lepas raya lah eh...hahaha...

Salam Aidilfitri dan maaf zahir batin...