Pasir Gudang : Pada hari Selasa 23.6.2009 bertempat di Stadium Perbadanan Pasir Gudang telah diadakan satu pertandingan pancaragam peringkat negeri Johor...Hampir 600 peserta dari 7 pasukan pancaragam telah mengambil bahagian...Stadium yang hampir penuh itu dipenuhi dengan penyokong dan ibu bapa yang menyokong pasukan pilihan mereka...tepat jam 2.30 petang majlis dimulakan dengan ketibaan dif dif terhormat dan nyanyian lagu negaraku yg dimainkan oleh pasukan pancaragam Tun Fatimah...
lagu negaraku yang dimainkan adalah versi 1970 sempena tahun penubuhan pancaragam itu...hampir kesemua penonton tertidur ketika mendendangkan lagu negaraku kerana mengikut beat yang dimainkan yang amat amat amat perlahan...pertandingan dimulakan dengan pasukan pertama dari Sekolah Sains Kota Tinggi (SAKTI)...mereka mendendangkan lagu lagu seperti gunung kinabalu...ulek mayang dan asmaradana...penampilan khas oleh Datin Seri Tiara yang keluar bersama payung payungnya...mereka memberikan persembahan yang menarik dengan menampilan unsur unsur tradisional dan drum major yang kendo dan kobes...
pasukan kedua tidak asing lagi kerana mereka sering membuat persembahan di merata Johor iaitu pancaragam Sekolah Menengah Perempuan Sultan Ibrahim (SIGS)...dengan paduan bunyi yang semakin mantap mereka mendendangkan rangkaian lagu popolar seperti Lagu Untukmu dan lain lain...dengan tema Mak Esah di Tocang mereka memukau semua penonton yang hadir dengan penampilan khas Dina yang keluar dari base drum ke empat...dikabarkan di tocang drum majorete mereka iaitu Miss Chistina Woon dipenuhi dengan mak esah dari seluruh Johor...
pancagaram ketiga dari Sekolah Menengah Skudai membawa semua penonton ke zaman perang dunia ke 2 dengan tema Pearl Harbour...pesembahan mantap dari colour master mereka memukau dengan tarian ballet diiringi oleh lagu lagu tema dari filem tersebut...persembahan yang sangat memukau sehinggakan separuh daripada stadium tertido atau keluar membeli minuman di luar stadium...tidak dilupakan penampilan khas Josh Harnett yang muncul di sebalik colour guard mereka...
pertandingan diteruskan dengan pasukan dari Sekolah Menengah Abdul Rahman Andak Kluang...dengan tema Ringtones Celebration mereka membuatkan stadium bergema dengan rangkaian lagu lagu Overjer Overture...Digi Bersamu dan Christmas Jingle...dengan maze inspirasi dari sailormoon...drum major mereka memukau dengan aksi aksi menarik bersama tetamu khas mereka iaitu Orang Kuning Digi dan Santa Clous...
Dari kiri : SAKTI...SIGS...SKUDAI...ABDUL RAHMAN ANDAK...PADUKA TUAN...STF...PASIR GUDANG...pasukan kelima dari Sekolah Paduka Tuan Segamat meneruskan pertandingan dengan rangkaian lagu lagu hebat seperti Bukan Cinta Biasa dan Bunga Tanjung...dengan arrangement dan formation yang pernah dilihat dan didengar...mereka lebih menonjol dengan bulu ayam di topi mereka...sumber sumber dari Segamat mengatakan mereka adalah punca utama kadar import ayam ke Segamat meningkat...penonton juga bersorak kuat ketika mereka mendendangkan lagu Bukan Cinta Biasa kerana menyangka Dato Siti akan membuat penampilan khas tetapi penonton hampa kerana Dato Siti tidak muncul sehingga mereka mengakhiri persembahan mereka...tapi kehampaan mereka diubati dengan kemunculan Dato Syarifah Aini dengan lagu Bunga Tanjung...
khabarnya juga mereka diserang oleh PETA dan Naguib di luar stadium kerana membuatkan ayam hampir pupus...pancaragam ke enam membuatkan stadium bergema dengan laungan Spirit Solid Fantastic...dari Sekolah Tun Fatimah mereka memukau kesemua yang hadir dengan rangkaian lagu lagu rakyat seperti lenggang kangkung...enjet enjet semut...jingli nona dan lagu classic manusia...dengan penampilan khas pemain barbadone yang solo tapi bunyi kurang jelas...mereka memukau dengan aksi aksi robotic dan jalan catwalk yang mempersonakan...walaupun mereka cuba di sabotaj oleh pancaragam lain ketika membuat persembahan mereka tetap mantap dan bertenaga sehingga ke akhir persembahan...
pancaragam yang terakhir disambut dengan sorakan meriah di dalam dan luar stadium...selaku tuan rumah mereka memukau dengan uniform baru berwarna cream hijau dan gold...mereka memukau semua hadirin dengan lagu lagu hebat dan penampilan istimewa jurulatih mereka En Azharudin yang menyinari stadium dengan kilauan bulan...dengan sorakan dan sokongan dari teman lelaki dan ibu bapa mereka berjaya membuat persembahan yang menarik...
'kesemua mereka nampak gemuk dan pendek dengan uniform baru itu...' komen seorang ibu yang namanya dirahsiakan atas sebab keselamatan...
setelah berakhir persembahan penutup maka berikut adalah keputusan pertandingan tersebut...
Tempat Pertama : Sekolah Tun Fatimah
Tempat Kedua : SIGS
Tempat Ketiga : Sekolah Pasir Gudang
Tempat Keempat : Paduka Tuan
Tempat Kelima : SAKTI
Tempat Keenam : Skudai
Tempat Ketujuh : Abdul Rahman Andak
Persedian Terbaik : Pasir Gudang
Colour Guard Terbaik : Pasir Gudang
Percussion Terbaik : SAKTI
Drum Major Terbaik : Miss Christina Woon Sigs
dengan harapan Stf akan mengharumkan nama Johor di pertandingan Pancaragam Peringkat Kebangsaan yang akan diadakan di Pasir gudang pada 12.7.2009