Monday, July 20, 2015

Sebutir air mata.

PK : Selamat datang ke Hotel Seribu Kenangan, boleh saya bantu encik?
EA : Ada booking thru Agoda yer, dua bilik. *hulur sekeping kertas dan kad pengenalan.
PK : Sebentar saya check ye encik.
EA : Awak ni dah kahwin ke belum? Tak cuti raya ke? Tak balik kampung?
IEA: Eh awak ni apa tanya soalan macam tu kat budak tu, kalau dia cuti siapa nak check in kan awak? Awak pun balik kampung sehari je lepas tu panas lah rimas lah.
PK : Bagi peluang kat staff yang dah kahwin balik kampung encik. Saya bujang, so senang. Lagipun kat kampung dah takde orang dah. *tunduk dan sebutir air mata gugur.
IEA : Awak tengok, kan budak tu dah terasa. Kesian dia kerja waktu raya, awak pulak tanya soalan sensitif macam orang lain takde perasaan. *cubit pinggang EA.
PK : Takpe puan, saya dah biasa. Ok ini kunci bilik encik. Bilik tingkat 6 nombor 6022 dan 6024. Dan ini kupon breakfast ye.
EA : Terima kasih. Ni ikhlas ye duit raya *salam penjaga kaunter dan selitkan sekeping sampul duit raya di tangan PK bagi menghilangkan rasa bersalahnya.
PK : Eh terima kasih encik. Terima kasih banyak banyak. Selamat hari raya.
EA : Selamat hari raya. *berjalan ke ruang lift bersama isteri dan anak anaknya.


PK memasukkan sampul tersebut di dalam poket baju melayunya dan tersenyum sinis. Sudah 8 keping sampul dia dapat hari ini. Semuanya atas simpati tetamu. Yang pasti kebolehan menggugurkan sebutir air mata akan digunakan sepenuhnya sehingga musim raya habis.

PK = Penjaga Kaunter
EA = Encik Agoda
IEA = Isteri Encik Agoda

4 comments:

i'm shin... i'm inesen said...

hampeh haha drama sungguh yer

crescent said...

@i'm shin...i'm inesen - haha drama bekerja di hari raya...

Orient Riedel said...

hahaha. hebat. btw sorry x dpt beraya JB :(

crescent said...

@orient - booo x moh kawan...