Monday, August 20, 2012

Pink...purple dan insaf...

Semalam pergi kubur...dan ternampak 2 situasi berbeza...semua berpunca dari baju raya berwarna terang...

Ada satu family ni ramai...lebih kurang belas belas orang...semua pakai baju warna pink terang dan berpayung...berkumpul di satu kubur di tengah tengah...so memang menjadi tumpuan...kitaorg adik beradik terus toleh kiri kanan...tengok ada tak camera man...haha...jahat kan kitaorg...igtkan ade shooting drama...hehe...

Ada satu abg ni...duduk di sisi kubur di penjuru pagar...berseorangan...aku cakap tahun depan pakai warna purple mcm abg tu jom...cantik lah warna dia...adik beradik aku semua toleh tengok abg tu...tiba tiba semua diam..sbb abg tu tgh menangis...dia bercakap seorang diri dan mengesat air mata...kitaorg terkesima...mungkin seseorang yang penting dalam hidup abg tu dah pergi tinggalkan dia seorang diri...kitaorg naik kereta dan sunyi...tiba tiba dapat rasa...semua orang rindu arwah mama...huhu...

Kadang kadang bila kita pergi atau lalu di kawasan perkuburan...timbul keinsafan di dalam diri...bila masanya kita akan pergi mengadap Illahi???


- aidil asyraf azman -

4 comments:

Anonymous said...

kalau nak tingkatkan iman dan insaf, ingatlah mati. kerana dengan mati itu datang ketakutan kepada diri kita jika kita diseksa di barzakh nanti. maka akan berlumba2lah kita berbuat amal.

semoga mama u ditempatkan di kalangan orang2 solehah. masa ramadhan mama u dpt pelepasan. sebaik azan maghrib malam raya berkumandang, disuruh mereka masuk ke liang lahad lagi...moga2 doa anak2 dan yang lain dpt membantu mereka sehingga ramadhan akan datang. insyaallah.

Asyraf_Crescent said...

Insyaallah... :)

Anonymous said...

jadi selalu-selalu lah menjenguk kubur arwah..jgn setahun sekali...mgkin sebulan sekali..

Asyraf_Crescent said...

InsyaAllah... ;)