Wednesday, August 26, 2015

Where is the swimming pool?

PK : Wei wei kau tengok family tu, yang baru check in tadi, anak dia siap bawak pelampung semua wei, nak pergi Legoland lah tu, tak pun pantai Lido hahaha.
KPK : Siot lah kau ni, pantai Lido ada apa je, semua dah kene tambak hahaha, berenang atas pasir jelah. Feeling feeling Klebang hahaha.
PK : Eh wait, sekarang musim hujan kalau dia pergi Legoland mesti bazir je kalau hujan kan, aku doakan hujan dua tiga hari ni hahaha.
KPK : Amin *tadah tangan.
Eh biadap lah kau ni hahaha, kesian diaorang nanti.
PK : Hahaha kau pun amin kan sama biadap lah, alah aku memain jelah. Tapi mak dia muka berlagak habis kan, speaking nak slang slang London, padahal berterabur, sepak kang hahaha.
KPK : Woi slow sikit mak dia datang.
MSL: Excuse me, which way the swimming pool? *dalam slang British yang dibuat buat.

PK dan KPK memandang sesama sendiri dan menahan gelak.

MSL : Why? My son want to swim so where is the swimming pool?
PK : Puan, hotel kita ni kat shoplot je, dua tingkat pulak tu, tak cukup tanah nak korek swimming pool.
MSL : What? I saw internet got swimming pool. This hotel. I tell my husband to book.
PK : Oh maybe itu hotel lagi satu, yang itu 5 star ada swimming pool. Tapi yang itu namanya Hotel Berjuta Kenangan, yang ini Hotel Seribu Kenangan, puan salah tengok ni, atau suami puan salah book hotel.
MSL : ARGHHH patut lah buruk je hotel ni. *sambil tarik tangan anaknya dan berlalu pergi.

PK : Hahaha celah mana nak korek swimming pool sini...percayalah tu kalau tak check out kejap lagi mesti dia akan elak jumpa kita sampai esok.
KPK : Hahaha itu soalan paling lawak guest pernah tanya kat aku wei hahaha. Reti pulak tu cakap melayu hahaha.
PK: Sekali aku carut terus terpelanting slang London dia tu hahaha.


PK : Penjaga Kaunter
KPK : Kawan Penjaga Kaunter
MSL : Makcik Speaking London

2 comments:

i'm shin... i'm inesen said...

kempunan nk kuak kupu kupu

crescent said...

@shin - kuak lentang pun x boleh haha...